
Bahan-bahan Resepi Ikan Siakap Stim Limau
- 2 labu bawang besar di hiris besar2
- 2 biji tomato di belah2, nak letak 3 biji pun boleh
- 2 batang cili merah di hiris2
- 5-6 biji cili api di hiris2, kalau nak pedas letak lebih
- 3cm Halia di hiris kasar, halus2 sangat takut terkunyah halia lak
- 5-6 biji limau kasturi di ambik jus nya sahaja, Biji buang
- garam dan serbuk knorr pasti sedap secukup rasa.. takde serbuk knorr pun takpe.. hehehe
- air secukupnya

- Ikan siakap - Ni semestinya kena ada.. kalau takde ikan acaner nak masak 😂 ikan bawal pun boleh..

Cara-cara masak Resepi Ikan Siakap Stim Limau
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak.

Bila minyak dah panas, masukkan bawang-bawang dan halia kacau-kacau sampai sedikit layu..

Kemudian masukkan air ikut banyak mana kuah yang korang nak, saya masukan 2 cawan je.

Masukkan cili merah dan cili api..

Tuang jus limau. Kacau sebati dan siram-siram ikan tu dengan kuah dalam kuali tu, jangan ganas-ganas nanti hancur isi ikan tu nanti 😂

Lepastu masukkan ikan.

Masukkan tomato yang di belah2 tadi. Api sedang-sedang je, jangan kuat sangat.

Last sekali masukkan garam dan perasa serbuk knorr pasti sedap.
Jangan lupa balik-balikkan ikan tu ye.. nanti belah atas tu mentah pulak

Biar merenih, agak-agak isi ikan tu dah masak tutup lah api.
Siap untuk di hidangkan dan makan!

Tadaaaaa, sedapppp! boleh tabur dengan daun ketumbar 😘
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..