Resepi Sayur Kacang Sepat Campur Goreng

 
Bahan Bahan Sayur Kacang Sepat Campur

Bahan A:
Kacang sepat secukupnya
Aneka sayur (lobak, kobis bunga)
1 biji cili merah
2-3 titik minyak bijan
Sedikit air
Garam

Bahan B: (bahan tumbuk/hiris)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Belacan


Cara Masak Sayur Kacang Sepat Campur
1) Bersihkan dan buang urat di bahagian tepi kacang sepat.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan B sampai wangi.
3) Masukkan semua sayur dan kacau (dahulukan sayur yang lambat masak seperti lobak).
4) Tambahkan sedikit air untuk kuah.
5) Masukkan garam, minyak bijan, lada merah dan kacau sehingga sayur masak

TIPS!
Boleh gunakan apa sahaja untuk masakan.
Boleh gunakan sedikit atau ikan bilis tumbuk.
Boleh tambah sos tiram perasa ikut kesukaan.

Selamat mencuba.
Terbaru Lebih lama

Iklan

AgroCash-i: Pembiayaan peribadi Shariah untuk kakitangan kerajaan & GLC terpilih. Kadar 2.62%, had RM250k, tempoh 10 tahun. Bayaran melalui potongan gaji & pinjaman dilindungi Takaful. Dapatkan Personal Loan AgroBank



Iklan

handbag anton's leather aliff syukri